Makanan Tradisional

Melayu:

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai. Lempeng kelapa sedap dimakan ketika panas.




Cina:



Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dengan inti di dalam. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti:-
  • Pau kacang hitam
  • Pau kacang merah
  • Pau daging
  • Pau ayam
  • Pau sambal ikan bilis
  • Pau kaya

Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas.